fbpx
Now Reading
Ada 500 Ribu Belia Menganggur- Syed Saddiq Bantah Kenaikan Umur Persaraan

Ada 500 Ribu Belia Menganggur- Syed Saddiq Bantah Kenaikan Umur Persaraan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B16IWBOFtCX/

Cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan dari 60 – 65 tahun yang sedang diperhalusi oleh Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini  benar mengejutkan rakyat Malaysia. Malah pelbagai reaksi yang diberikan oleh mereka dan kebanyakannya membantah usul berkenaan.

Terbaru  Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq melalui posting di Instagram nya turut berkongsikan pendapat beliau yang dilihat tidak bersetuju dan membantah cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.  Bagi beliau,  kenaikan umur persaraan  tersebut adalah tidak adil pada belia dan graduan yang masih mencari pekerjaan.

Menteri Belia dan Sukan itu turut mengeluarkan pendapat bahawa anak muda seharusnya  perlu diutaman dalam mendapat pekerjaan yang lebih berkualiti  malah seharusnya pemilihan bagi kenaikan pangkat dilakukan berdasarkan merit bukan bergantung pada ‘seniority’ atau pun umur.

Turut beliau lagi, angka perbandingan  peratusan yang dilakukan  dengan beberapa negara maju juga dilihat tidak tepat (menurut laporan MTUC hanya 3.3 peratus di Malaysia ) sedangkan Di Malaysia sebenarnya ada hampir 500,000 anak muda yang menganggur yang bersamaan dengan (10.7%).

Sekadar untuk rekod kadar pengangguran belia Jepun hanya 3.4%, Singapura 5.9% & Germany 6.2% . Begitu jauh dengan kadar pengangguran di Malaysia!

Terima kasih Syed Saddiq kerana menyuarakan pendapat dan pandangan anak muda di Malaysia!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.