fbpx
Now Reading
Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini

Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini

Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini 1

Bila berbicara pasal fesyen, pasti ramai bersetuju dengan pandangan penulis yang ia sebenarnya adalah satu perkara yang sangat subjektif. Kerana citarasa fesyen dan penampilan setiap manusia sebenarnya berbeza-beza.

Namun manusia tak dapat lari dari evolusi fesyen yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Melainkan anda memang seorang yang kuat berpegang teguh pada gaya pemakaian anda.

Dibawah kami kongsikan beberapa trend yang dahulunya diperlekehkan oleh golongan lelaki malah ada yang turut dicop hanya sesuai untuk para ‘nerd’ atau ‘book geek’ yang bagaimanapun kini telah berubah menjadi ikutan pemuda masa kini.

#1 Gaya Seluar singkat

Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini 3

Fesyen yang sebenarnya sudah popular sejak tahun 2008 (summer fashion) di negara-negara maju, namun agak terlewat diterima di negara kita. Jika diikutkan gaya seluar begini sebenarnya turut popular di kalangan geng-geng Skinhead/Punk dari tahun 60an yang pernah menjadi satu fenomena buat anak muda di Malaysia satu masa dahulu.

#2 Baju di butang habis

Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini 4

Gaya yang agak janggal dahulunya jika di pakai di Malaysia, malah sesetengah orang berpendapat gaya sebegini menampakkan diri pemakainya seperti seorang budak nerd. Namun ramai tak tahu yang pemakaian kancing sampai keatas adalah gaya orang Chicano atau lebih dikenali sebagai orang kacukan Mexico-Amerika.

#3 Suspender / Suit Braces

Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini 5

Satu lagi gaya yang turut sinonim dengan golongan nerd. Namun penggunaan suspender adalah perkara biasa bagi golongan korporat bagi menggantikan tali pinggang. Malah suspender telah lama digunakan oleh golongan anak muda di negara-negara barat seperti di UK, Jerman dan banyak lagi .Kini selebriti Malaysia seperti Wak Doyok adalah orang yang menaikkan kembali gaya fesyen sebegini malah telah menjadi ikutan anak-anak muda.

#4 Kacamata berframe besar dan tebal

See Also
Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini 2

Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini 6

Aksesori yang paling menonjolkan imej nerd dan ulat buku pada satu masa dahulu, Namun siapa sangka penggunaan spek sebegini sekarang menyerlahkan lagi ketampanan seorang lelaki. Cool Kot!

#5 Gaya rambut sikap tepi

Gaya Lelaki Yang Dahulunya Diperlekehkan Namun Menjadi Trend Pemuda Masa Kini 7

Kemas kan? Malah menyerlahkan lagi penampilan seseorang jika menggayakan rambut sebegini ditambah dengan pakaian formal seperti suit. Rambut sikat tepi kini kembali menjadi trend anak muda. Namun pada tahun 90 an hanya budak sekolah rendah yang gaya rambutnya sebegini. Cuba di sekolah menengah atau di Universti, pasti digelar anak emak. Hahaha.

Nota Kaki : Penulis dari zaman 90an dah berpakaian begini, iaitu dengan seluar singkat, menggunakan suspender, baju dibutang habis, berkacamata dengan bingkai hitam besar dan pernah sikat tepi kerana penulis seorang Skinhead/Mods . Haha

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.