fbpx
Now Reading
Game VR Chandu : Malay Regiment Ciptaan Pelajar MMU Angkat Leftenan Adnan Sebagai Karakter Utama

Game VR Chandu : Malay Regiment Ciptaan Pelajar MMU Angkat Leftenan Adnan Sebagai Karakter Utama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanya sahaja pada semua rakyat Malaysia malah Singapura , siapakah askar pada zaman perang dunia ke -2 yang paling mereka ingati, pasti rata-rata akan memberi jawapan yang sama iaitu Leftenan Adnan.

Leftenan Adnan atau nama betulnya Adnan Bin Saidi adalah satu simbol keberanian dan ketabahan seorang askar yang memperjuangkan martabat dan hak bangsa dari penjajah, malah beliau dan pasukannya turut dijulang sebagai wira atas keberanian mereka menentang kemaraan tentera Imperial Jepun dalam satu peperangan di Pasir Panjang, Singapura atau lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu.

Terbaharu, kisah pertempuran Leftenan Andan dan pasukannya ini akan diabadikan dalam bentuk permainan Virtual Reality (VR) yang sedang dibangunkan oleh pelajar-pelajar tempatan dari Universiti MMU .

Wah macam menarik je!

Game yang diberi nama ‘Chandu : The Malay Regiment’ adalah game ekslusif untuk VR jadi bagi mereka yang ingin mencuba nya kelak, pastikan anda memiliki Headset berserta Controller VR .

Game yang masih berada dalam pembangunan awal, bagaimanapun telah mendapat perhatian dan pujian ramai, setelah kisahnya dikongsikan di Facebook Komuniti Cyberjaya malah satu dari penciptanya turut terkejut dan tidak menyangka ia akan mendapat perhatian sebesar ini selepas game ini dipamerkan di satu event anjuran MDEC iaitu Kre8tif Conference & Content Festival 2019.

Penciptanya yang ketika ini sedang dalam proses untuk di memasukkan game tersebut ke dalam platform Steam ketika dihubungi oleh JOM Gaming bagaimanapun berjanji yang mereka akan berkongsikan info lebih lanju tentang game ini dalam masa terdekat.

Diharap pembangunan game ini berjalan dengan lancar dan mutunya di polish sebaik mungkin . Tak sabar nak tau lebih tentang game ni. Yelah Hero negara kita ada dalam tu kot! Hehe

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.