fbpx
Now Reading
Elak Pasangan Curi Makanan , Lelaki Pasang Peti Keselamatan Peti Ais

Elak Pasangan Curi Makanan , Lelaki Pasang Peti Keselamatan Peti Ais

Lumrah orang bercinta, segalanya pasti dikongsi bersama. Yelah kekasih kita kan? Ada yang kongsi air bersama, kongsi  duit utk holiday pun ada, dan ada juga yang kongsi  password akaun media sosial mereka.

Pendek kata apa sahaja yang boleh dikongsi semua nak dikongsi kan?

Tapi tidak bagi seorang lelaki ini apabila tunangnya, Stacey Lowe berkongsi kepada umum mengenai sikap lucu lelaki berkenaan yang tidak mahu berkonsi makanan sehingga memasang peti keselamatan di dalam peti ais mereka

Difahamkan lelaki itu, Dave Williams bertindak sedemikian kerana Stacey selalu memgambil makanan miliknya terutamanya Cokelat.  Jadi bagi mengelakkan perkara sama berulang Dave terus mendapatkan kotak berkenaan yang difahamkan di beli secara online.

Stacey yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kekasihnya terus mengambil gambar peti tersebut dan memuat naik ke akaun media sosial miliknya, yang menariknya posting tersebut setakat ini telah mendapat 53 ribu tanda suka 60 ribu perkongsian dan 114 ,000 komen.

Pasangan ini yang berasal dari Wales, UK difahamkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

See Also

Untuk korang yang nak tengok box tu kosong , ni gambar dia.

Sesuai digunakan untuk menyimpan ubat-ubatan , juga sesuai untuk menyimpan buah-buahan atau apa sahaja makanan yang sensitif dengan bau dalam fridge.

Dan yang paling penting sesuai untuk mereka yang taknak berkongsi makanan dengan dengan orang lain. hahaha!

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.