fbpx
Now Reading
Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber 1

Isu membuli bentuk fizikal seseorang  dengan mengejek dan menghina atau lebih dikenali sebagai body shaming begitu hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini 

Bukan sahaja masyarakat biasa, malahan selebriti dan figura umum kerap kali terpalit dengan isu body shaming ini. Apa yang pasti kebanyakan ejekan dan hinaan ini kerap kali terjadi di platform media sosial.

Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber 4

Namun tahukah anda, perbuatan body shaming ini sebenarnya adalah satu kesalahan jenayah? Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik tubuh badan orang lain sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

Ini adalah satu jenayah buli siber yang jika tidak dibendung ia akan mengancam diri sendiri dan masyarakat

Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber 5

Agak memalukan namun kajianoleh Comparitech telah membuktikan bahawa Malaysia berada di tangga Ke-6 di dunia sebagai negara yang paling banyak menerima laporan buli siber sepanjang 2018

Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber 6

Polis Diraja Malaysia baru-baru ini telah memuat naik kenyataan meningatkan orang ramai yang perbuatan body shaming adalah satu jenayah

#JomBeringat‘BODY SHAMING’ ADALAH JENAYAH'Body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang di mana-mana…

See Also
Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber 3

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, 16 October 2019

Kesalahan ini termaktub di bawah akta Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) . Mereka yang didatapi bersalah boleh didenda tidak lebih Rm50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi ingat elakkan dari berkelakuan sebegini, RM 50,000 bukan sikit-sikit, dan yang pasti body shaming bukan budaya kita.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.