Tengkorak Kepala Tumbuh ‘Tanduk’ Kalau Kerap Main Phone
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tahukah anda satu kajian telah menemukan bahawa tabiat menghabiskan banyak masa di hadapan telefon pintar sebenarnya merubah bentuk tengkorak kepala manusia?
Kajian yang dilakukan terhadap 1200 orang peserta oleh pengkaji dari Sunshine Coast Univesity telah mendapati 41 peratus dari mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun telah mengalami perubahan bentuk tengkorak kepala gara-gara penggunaan gajet yang telampau kerap dan dalam tempoh masa yang lama.
Perubahan macam mana?
Perubahan yang dimaksudkan melibatkan bahagian bawah belakang tengkorak kepala yang dinamakan Occipital Protuberance, dimana terdapat satu tulang tajam menyerupai tanduk didapati tumbuh di bahagian terbabit dan semakin membesar.
Dalam bahasa ringkasnya, tumbuhnya tulang tajam seakan tanduk pada bahagian terbabit.
Imbasan yang dilakukan kepada tengkorak kepala kesemua peserta juga turut mendapati banyak kesan benjolan yang timbul di bahagian berkenaan.
“Saya menjadi doktor lebih daripada 20 tahun dan hanya pada dekad sebelum ini saya melihat semakin banyak masalah bonjolan berlaku pada tengkorak pesakit,” kata ketua penyelidik berkenaan, Dr. David Shahar.
Menurut Dr David lagi tekanan yang kuat dan berterusan disebabkan postur badan yang salah sewaktu menunduk menggunakan telefon pintar. ke atas bahagian otot leher ini mungkin menyebabkan ia berubah menjadi semakin besar dan kuat.
Jadi bagi menguatkan bahagian untuk menyokong otot tersebut,tengkorak kepala yang mempunyai berat purata dalam 5kg dengan secara sendirinya akan akan menghasilkan satu lapisan tulang baru.
Penemuan ini bagaimanapun masih menjadi perdebatan hangat di kalangan pakar antropologi di seluruh dunia. Apa pun keputusannya, jika anda sayangkan tubuh badan anda, apa kata gunakan postur badan yang betul semasa menggunakan peranti mudah alih dalam satu tempoh masa yang lama. I