fbpx
Now Reading
Waze Kini Paparkan Harga Tol Bagi Setiap Perjalanan Anda

Waze Kini Paparkan Harga Tol Bagi Setiap Perjalanan Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mengembara dan melancong dalam menggunakan kenderaan sendiri kini semakin mudah dengan kewujudan aplikasi GPS seperti Waze. Yelah anda hanya perlu cari dan pilih laluan yang ingin anda gunakan untuk ke destinasi yang ingin anda pergi, Waze akan tunjukkan jalannya. Mudah bukan? Bukan macam zaman dulu-dulu

Malah ciri-ciri tambahan Waze yang begitu membantu dalam melancarkan perjalanan seperi fungsi jalan alternatif untuk tiba ke destinasi, peringatan cuaca halangan, dan banyak lagi membuatkan aplikasi ini merupakan salah satu  aplikasi yang wajib ada dalam peranti mudah alih anda.

Terbaru, pemaju aplikasi Waze telah menambah satu lagi ciri baru buat para pengguna yang sebelum ini telah diperkenalkan di US dan Kanada iaitu dengan memaparkan anggaran harga tol yang perlu di sediakan bagi setiap perjalanan.

Wah menarik! Pasti ramai yang tertunggu benda ni kan?

Jika sebelum ini Waze membantu pengguna yang ingin mengelakkan tol di lebuhraya , dengan fungsi terbaru ini, Waze dapat membantu pengguna yang lebih gemar menggunakan lebuhraya namun lebih cenderung menjimatkan kos tol.

Dengan ciri terbaharu ini juga, pengguna Waze yang menggunakan touch n go jenis prepaid sudah boleh bersiap sedia dengan anggaran tol yang mungkin akan dikenakan. Tak cukup? Terus topup!

Apa-apa pun, diingatkan yang segala  harga di paparan tidak semestinya tepat kerana ianya berdasarkan data yang dikongsikan oleh pengguna Waze yang lain dan bukanlah info dari syarikat tol sendiri. Kalau dapat improve part ni mesti lagi menarik kan??

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.