fbpx
Now Reading
5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia

5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia

5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia 1

Memandangkan tahun 2019 dah sampai ke penghujungnya mesti ramai yang dah tak sabar nak mengucapkan selamat tahun baru kan? Sabar dulu apa kata kita sembanga pasal resolusi atau azam tahun baru dulu.

Yelah, setiap kali menjelang tahun baru, antara perkara penting yang sentiasa difikiran semua orang adalah resolusi atau azam tahun baru. Malah itu antara soalan paling popular yang selalu ditanyakan kepada kawan atau sahabat handai anda setiap kali menjelang tahun baru.

Di bawah kami senaraikan 5 azam tahun baru yang paling popular di kalangan rakyat negara kita yang biasa anda dengar :

#1 Diet

5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia 3

Rasanya ramai bersetuju kalau kami katakan ramai yang mengambil kesempatan untuk menjadikan tahun baru sebagai waktu yang terbaik untuk mereka mula berdiet. Malah ini antara azam yang paling popular bukan sahaja buat rakyat di negara kita malah di seluruh pelusuk dunia.

#2 Berkahwin/ Tamatkan Zaman Solo

5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia 4

Buat mereka yang tercari-cari ‘waktu nya’ untuk melangsungkan perkahwinan, tahun 2020 mungkin paling sesuai untuk menamatkan kehidupan solo anda. Lagi-lagi kalau anda mengejar tarikh cantik seperti 02/02/2020 ini, yang menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan.

Buat mereka yang belum bertemu jodoh, kami doakan tahun 2020 akan menemukan anda dengan pasangan yang sesuai. Jangan khuatir, ada sahaja pasangan yang berkahwin walau baru berkenalan kerana jodoh semuanya di tangan tuhan.

#3 Kareer/Pekerjaan Baru

5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia 5

Banyak syarikat atau perniagaan yang akan membuka peluang pekerjaan pada awal tahun. Jadi bagi mereka yang ingin mencuba pekerjaan baru atau mereka yang baru sahaja menamatkan pembelajaran, inilah masa yang paling sesuai untuk job hunting.

Apa-apa pun kami doakan selamat mengejar apa yang anda impikan!

#4 Beli rumah

See Also
14 Point Penjelasan Mengapa Pemikiran Lelaki dan Perempuan Berbeza 2

5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia 6

Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi jika anda sudah mempunyai kerjaya yang stabil atau anda sudah/akan berkeluarga.

Tetapi bab membeli rumah ini antara azam yang paling popular dan yang paling susah di kotakan; melainkan anda memang dari kalangan orang yang berduitlah kan?

Namun ingat sesuatu! Semakin lama anda tunggu, semakin naik harga rumah setiap tahun. Apa kata anda realisasikan impian itu pada tahun 2020 ini.

#5 Perbaiki Diri

5 Azam Tahun Baru Yang Popular Di Malaysia 7

Tahun baru bukan sahaja masa untuk anda ‘refresh’ semula tetapi masa ini juga lah untuk anda membuka ‘buku baru’. Tinggalkan lah segala yang buruk pada tahun 2019 ini dan kembali dengan keadaan yang lebih baik pada tahun 2020.

So cukup sudah lima azam paling popular, apa sahaja azam atau resolusi tahun baru anda kami ucapkan semoga berjaya! Selamat tahun baru juga buat semua pembaca dari kami di Buzzkini!

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.