fbpx
Now Reading
Lazada Jadi Rakan Kongsi e-Dagang Asia Tenggara Pertama UEFA EURO 2024

Lazada Jadi Rakan Kongsi e-Dagang Asia Tenggara Pertama UEFA EURO 2024

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Lazada menjemput peminat bola sepak dan pengguna dalam talian untuk menikmati diskaun dan tawaran luar biasa yang ditawarkan semasa All-Star Champions Sale yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lazada, platform eDagang terkemuka mengumumkan kolaborasi secara rasmi bersama UEFA EURO 2024 sekaligus menjadikannya rakan kongsi eDagang dari Asia Tenggara yang pertama bagi acara bola sepak berprestij yang sedang berlangsung di Jerman itu.

Platform eDagang itu dalam satu kenyataan berkata, perkongsian eksklusif ini merupakan sebahagian daripada perjanjian sedia ada di antara platform eDagang B2C AliExpress bersama UEFA EURO 2024.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Lazada menjemput peminat bola sepak dan pengguna dalam talian untuk menikmati diskaun dan tawaran luar biasa yang ditawarkan semasa  All-Star Champions Sale yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2024.

Bagi menambah kelainan dan keseronokan, Lazada juga akan mengeluarkan baju tidur jersi (Pajamas) edisi terhad, yang peminat boleh menangi melalui pertandingan interaktif di media sosial berserta hadiah-hadiah yang lain.

“Lazada berbangga menjadi rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024. Selaras dengan usaha untuk menambah pengalaman bermakna dalam kehidupan pelanggan, kami juga sangat teruja untuk menawarkan tawaran menarik, permainan interaktif dan pertandingan kepada peminat bola sepak dan pembeli dalam talian melalui perkongsian ini.”

Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Lazada, Marcus Chew.

Bermula 1 Julai hingga 3 Julai 2024, pengguna dalam talian di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam boleh membeli-belah sempena jualan istimewa untuk semua kategori.

Sama ada ia keperluan untuk peminat fanatik bola sepak dalam menyokong pasukan kegemaran anda atau peminat sukan kasual yang mencari barangan musim panas, Lazada menawarkan sesuatu untuk setiap orang pada harga yang terbaik.

Sebagai peminat bola sepak di Asia, demi menonton perlawan EURO pastinya anda perlu berjaga sepanjang malam. Susulan itu, Lazada telah memperkenalkan ‘PJs of Champions’ yang eksklusif untuk peminat di rantau ini.

Baju tidur jersey edisi terhad sebanyak 500 helai ini hadir dengan kolar bulat yang premium serta lengan dan seluar yang selesa agar peminat dapat menikmati perlawanan dengan penuh bergaya dan selesa.

Apa yang lebih menarik, baju tidur ini juga tersedia untuk haiwan peliharaan kesayangan anda supaya seisi rumah boleh sama-sama menyemarakkan lagi kehangatan UEFA EURO 2024.

Pencarian barisan All-Star yang paling comel kini berlangsung!

Sambil teruja menonton EURO 2024, pengikut Lazada di media sosial juga boleh menantikan penampilan khas penyerang lagenda Malaysia, Safee Sali di TikTok Lazada Malaysia di mana dia akan melatih kucing bermain bola sepak.

Peminat juga boleh berkongsi video mereka melatih kucing peliharaan masing-masing dengan menggunakan tanda pagar #LazadaAjarKucing.

Penyertaan terbaik berpeluang memenangi baju tidur jersi edisi terhad. Pengikut Lazada Malaysia di Instagram dan X juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti media sosial lain untuk memenangi jersi eksklusif ini.

Untuk maklumat lanjut tentang All-Star Champions Sale yang bermula 1 hingga 3 Julai 2024, sila layari aplikasi Lazada atau www.lazada.com.my.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.