Sukakan Pembersih Muka Yang Berbuih? Cetaphil Perkenal Daily Facial Cleanser Untuk Kulit Berminyak & Kombinasi

Umum mengetahui penjagaan kulit wajah merupakan perkara yang sangat penting, malah ia juga merupakan penampilan diri apabila berdepan dengan orang ramai.

Keadaan kulit yang kurang baik mungkin bakal membuatkan seseorang berasa kurang keyakinan diri dan sebagainya. Oleh itu, adalah penting untuk anda memilih pembersih kulit dengan betul yang tidak hanya sekadar mencantikkan tetapi merawat kulit wajah.

Cetaphil tampil perkenal Daily Facial Cleanser, sesuai untuk kulit berminyak & kombinasi

Hari ini, (26 Jun) jenama penjagaan kulit dermatologi nombor 1 di Malaysia telah tampil memperkenalkan produk terbarunya iaitu Cetaphil Daily Facial Cleanser baharu.

Pembersih ini telah diinovasikan dengan gel-berbuih (gel foam) yang direka khas untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi (kulit kering dan berminyak di kawasan T-zone).

Malah ia juga terbukti secara klinikal dapat menanggalkan sehingga 94% mikropraktikel yang berpunca daripada pencemaran, mencuci, dan membersih selain dapat mengimbangkan kelembapan pada kulit.

Ramai penduduk di Malaysia mempunyai masalah kulit berminyak dan kombinasi

Umum mengetahui di negara ini ramai yang mempunyai masalah kulit berminyak dan kombinasi yang sensitif kerana tahap kelembapan cuaca yang tinggi serta pencemaran udara khususnya bagi mereka yang duduk di kawasan bandar.

Malah kebanyakan individu Asia mempunyai masalah kulit berminyak disebabkan faktor luaran dan dalaman termasuklah kepadatan kelenjar minyak yang tinggi sehingga menghasilkan sebum.

Minyak keluar berlebihan menyebabkan tumbuhnya jerawat pada wajah

Sebum terhasil untuk pastikan kulit dapat mengekalkan keanjalannya namun persekitaran yang mempunyai kelembapan tinggi menyebabkan minyak keluar secara berlebihan. Lebih parah lagi, keadaan ini akan menyebabkan pori-pori menjadi semakain membesar dan meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.

Ya jerawat!

Oleh itu, penggunaan Daily Facial Cleanser yang baharu dapat mengatasi masalah tersebut.

Mampu kecilkan liang pori dalam masa 28 hari, ramai pengguna sukakan pembersih berbuih

Bukan hanya itu, ia juga mampu mengecilkan liang pori dalam masa 28 hari kerana mengandungi bahan seperti Niacinamide, Panthenol dan Glycerin.

Formula ini bersidat bukan komedogenik yang akan menghalang pertumbuhan jerawat yang sering dialami mereka yang mengalami kulit berminya dan sensitif.

“Kami telah memperkenalkan pembersih berbuih sebagai tambahan kepada rangkaian penjagaan kulit pilihan ramai, Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Kaji selidik menunjukkan pengguna sukakan pembersih berbuih termasuklah mereka yang berkulit sensitif.

” Pakar-pakar dermatologi dan para penyelidik kami dengan gigih dan teliti telah mencipta Cetaphil® Daily Facial Cleanser bagi memenuhi permintaan pengguna kami. Produk ini bukan sekadar membersih, malah ia membuatkan mereka yang memiliki kulit berminyak dan sensitif berasa yakin untuk terus konsisten menjaga kesihatan kulit mereka.

“Matlamat kami adalah untuk mengekalkan hubungan baik antara pengguna dengan rangkaian penjagaan kulit mereka, di samping memastikan kulit mereka terus sihat, berseri dan dijaga dengan baik setiap hari,” ujar Country Manager Galderma Malaysia, Cik Cindy Tiu.

Apa itu Ceramide?

Ceramide merupakan sejenis lipid yang akan terhasil secara semula jadi dalam lapisan pelindung kulit.

Malah ramai yang percaya kandungan ceramide yang tinggi dapat melindungi kulit untuk menjadi lebih sihat. Namun keseimbangan komposit ceramide sebenarnya penting untuk memastikan kulit sihat.

Formulasi Cetaphil adalah mensasar kesemua kelas ceramide yang penting untuk membantu dalam memulihkan lapisan kulit dan memelihara daya ketahanan kulit di samping melindunginya dari terjejas disebabkan faktor luaran serta mengekalkan kelembapan dan nutrien pada kulit.

Ceptahil tingkatkan kesemua 15 kelas ceramide yang penting untuk kulit

Cetaphil meningkatkan kesemua 15 kelas ceramide yang diperlukan oleh kulit dalam kebanyakan produknya termasuklah Gentle Skin Cleaser, Hydrating Foaming Cream Cleanser, dan Soothing Foam Wash.

Malah mereka kini Cetaphil mengorak langkah ke era baharu dengan Daily Facial Cleanser Baharu.

Apa yang lebih menarik formulasi terbaharu itu turut menunukan ia bukan sekadar meningkatkan kelas ceramide yang penting pada kulit bahkan menjanjikan pengalaman membersih yang segar buat mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi.

Ia juga tidak seperti pembersih berbuih konvensional yang ada di pasaran, solusi yang inovatif ini menawarkan pembersih yang lembut dan memelihara kulit sensitif selain bebas daripada paraben, sabun, dan pewangi.

Cepathil perkenalkan ‘Cleanserland’ sempena Cleanser Awareness Month

Sempena dengan Cleanser Awareness Month, Cetaphil telah tampil buat julung kalinya mengadakan ‘Cleanserland’ yang bermula dari 30 Jun 2024 di mana orang ramai boleh berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya di LG East Court Concourse untuk pelbagai aktiviti, antaranya:

  • Analisa kulit
  • Tebus sampel percuma
  • Promosi ekslusif Watson sehingga 40% untuk membuat pembelian
  • Ruang ‘Instagrammable’ untuk mencipta kenangan bersama Cetaphil.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago