fbpx
Now Reading
MINI Malaysia Sambut Semangat BIG LOVE dengan Keluarga MINI Baharu di JioSpace PJ, 13 Julai Ini

MINI Malaysia Sambut Semangat BIG LOVE dengan Keluarga MINI Baharu di JioSpace PJ, 13 Julai Ini

MINI Malaysia mempelawa peminat MINI untuk merasai pengalaman masa hadapan mobiliti bandar dengan generasi baharu keluarga MINI.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia, bakal menganjurkan acara eksklusif berkonsepkan MINI untuk menyambut Keluarga MINI Baharu (The New MINI Family).

Sehubungan itu peminat MINI (MINIacs) dijemput untuk meraikan kemeriahan tersebut yang akan berlangsung pada 13 Julai 2024 di JioSpace, Petaling Jaya.

MINIacs akan berpeluang merasai pengalaman tambahan terbaru kepada Keluarga MINI ini secara langsung dan mempunyai peluang unik untuk merasai sendiri keterujaan pemanduan mobiliti bandar di tengah-tengah bandar. 

Para hadirin dapat menikmati pelbagai jenis permainan bertemakan MINI dengan peluang untuk memenangi barangan MINI tersuai eksklusif.

Para hadirin juga dapat menghayati evolusi luar biasa jenama MINI melalui pengalaman interaktif digital baharu di Zon Jenama dan Produk, seperti dunia maya MINIverse – yang mana mereka boleh menikmati pengalaman trek dinamik permainan tersebut dengan kereta MINI pilihan mereka.

Butiran acara:

Tarikh: Sabtu, 13 Julai 2024
Masa: 9:30 pagi hingga 8:30 malam
Lokasi: JioSpace Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut mengenai Acara Pelancaran Keluarga MINI Baharu atau untuk pra pendaftaran, sila layari laman MINI di sini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.