Art of Speed 2024 Kembali Lagi Pada 27 & 28 Julai, Kaki Kustom dan Counter Culture Boleh Standby!

Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2023, Art of Speed kembali lagi tahun ini dengan lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya.

Acara Kustom dan Counter Culture yang terulung di Malaysia ini akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 27 dan 28 Julai 2024 dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Art of Speed 2024 (AOS 2024) yang diadakan di MAEPS ini mempunyai ruang tertutup (indoor) seluas 452,084 kaki persegi, ruang luar (outdoor) seluas 8.6 ekar dengan setiap dewan digunakan sekali gus menawarkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung.

Dalam acara ini, ribuan kereta dan motosikal kustom serta klasik akan dipamerkan buat tatapan mata para pengunjung yang hadir.

Kumpulkan para peminat Kustom dan Counter Culture di bawah satu bumbung

Pengarah dan pengasas AOS 2024, Asep Ahmad Iskandar berkata, beliau amat bersyukur dan gembira dapat menganjurkan acara ini yang dapat mengumpulkan peminat-peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan segala yang berkaitan dengan seni, gaya hidup, budaya dan permotoran.

“Kami dengan sedaya upaya telah mencipta acara kami dengan dasar dan cara yang betul untuk diikuti, iaitu menyediakan ruang yang selamat, selesa dan inklusif, kandungan untuk semua deria manusia, aspirasi yang berpatutan, persaudaraan, dan sentiasa meraikan masa yang baik.

“Kesimpulannya, Art of Speed ​​adalah untuk semua orang; sentiasa ada dan akan sentiasa ada. Terima kasih kerana bersama dengan kami sekali lagi untuk tahun 2024 dan jom kita sama-sama nanti meraikan AOS 2024,” katanya dalam sidang media hari ini (2 Julai).

Asep Ahmad ketika memberikan ucapan (Foto: BuzzKini/HairyEzreen)

AOS 2024 berkolaborasi dengan Selangor FC dalam kempen ‘Stop The Violence’

Lebih menarik lagi, AOS 2024 juga buat pertama kalinya akan berkolaborasi dengan kelab bola sepak Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen SFC iaitu ‘Stop The Violence’.

Selain SFC, Art of Speed juga akan berkolaborasi dengan beberapa jenama lain seperti IGL Coatings, Zippo, Von Dutch, MOONEYES dan banyak lagi.

The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convvention Malaysia kembali lagi!

Selain itu, The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia juga akan kembali lagi di Dewan C MAEPS selepas mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai pada edisi tahun lalu.

Pada tahun ini, para pengunjung dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels termasuk Pameran Hot wheels Rare dan Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy And Sell, sesi perkongsian pengumpul, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi.

AOS 2024 juga akan menyaksikan pelancaran model die-cast eksklusif konvensyen pertama untuk Malaysia bersama-sama Pengurus Pereka Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.

SoundCircus kembali lagi!

Bagi penggemar muzik pula, SoundCircus Takeover oleh AOS kali ini berbeza dari tahun sebelumnya, ia tidak lagi diadakan di luar dewan, sebaliknya akan berlangsung di dalam Dewan A MAEPS.

Antara kumpulan muzik yang akan menggegarkan pentas SoundsCircus adalah seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi.

SoundCircus akan diadakan sepanjang acara berlangsung dari 27 ke 28 Julai 2024 dari jam 4:00 petang hingga lewat malam.

Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual).

Aktiviti tambahan AOS 2024 merangkumi:

  1. Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania
  2. La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  3. Food Park- Vendor dan foodtruck makanan kini di luar.
  4. Bazar vintaj automobil
  5. Pelancaran produk di atas pentas
  6. Test Ride Zone untuk motosikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain)

Jangan lepaskan peluang, siap ada cabutan bertuah

Cabutan bertuah tahun ini akan berlangsung pada hari Ahad dan ianya istimewa kerana hadiahnya merupakan kolaborasi antara AOS X QARTEL TV.

Seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan sebuah kereta Honda yang telah dimodifikasi.

Kereta ini merupakan kenderaan “moden” pertama yang dipilih sebagai hadiah, dipilih kerana berfungsi serba boleh dan kecekapannya. Oleh itu, AOS telah bekerjasama dengan pakar Honda, Qaqal Jeffry dari QARTEL TV.

Pas hujung minggu AOS 2024 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA.

Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang AOS 2024 di sini atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

5 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

5 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

5 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

6 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

7 hours ago