Umum mengetahui, berjalan kaki secara santai atau pantas merupakan antara salah satu senaman mudah yang mampu dilakukan oleh ramai orang dan mempunyai pelbagai manfaat.
Antara kebaikan berjalan kaki adalah dapat menguatkan jantung, membantu menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan risiko penyakit kronik dan banyak lagi.
Pensyarah dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Aidalina Mahmud berkata, amalan berjalan kaki sehingga 10,000 langkah setiap hari juga mampu menggurangkan risiko kematian pada awal usia.
Selain itu, beliau berkata amalan terbabit dapat meningkatkan kadar metabolisma badan dan menjaga kesihatan mental.
Menurutnya, gaya hidup yang tidak sihat merupakan antara penyebab masyarakat kurang melakukan aktiviti kardiovaskular.
Jelasnya, berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit setiap hari mampu membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan produktiviti.
“Kita digalakkan untuk berjalan 10,000 langkah setiap hari kerana ia pergerakan paling mudah dilakukan dan masyarakat perlu menjadikan aktiviti ini sebagai rutin.
“Jalan kaki untuk tujuan kesihatan ada dua jenis iaitu berjalan santai dan berjalan pantas. Berjalan santai ini sangat bagus untuk kesihatan mental manakala berjalan pantas boleh membakar lemak dan mengurangkan berat badan.
“Aktiviti seperti ini perlu dijadikan budaya kerana rakyat Malaysia kurang gemar melakukan aktiviti fizikal. Misalnya jika ke pasar raya kita lebih suka meletakkan kenderaan hampir dengan pintu utama berbanding berjalan jauh,” katanya dipetik Sinar Harian.
Tahun lalu, satu kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Preventive Cardiology mendapati berjalan sekurang-kurangnya 3,967 langkah sehari boleh mengurangkan risiko kematian daripada sebarang asbab.
Malah, kajian yang sama juga mendedahkan bahawa berjalan dalam 2,337 langkah sehari pula dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung dan saluran darah.
Berkongsi lanjut, Aidalina berkata, keadaan cuaca panas yang terlalu ekstrem dan kawasan pejalan kaki tidak mesra pengguna merupakan antara sebab rakyat Malaysia kurang berjalan kaki.
“Dalam keadaan macam ini, mungkin boleh mulakan budaya berjalan kaki dalam skala kecil seperti di pusat beli-belah dan tempat tertutup. Kita mulakan dengan langkah kecil seperti berjalan kaki ke surau atau ke kedai dekat rumah,” katanya.
Sekadar fakta, berjalan sejauh 1 kilometer (km) bersamaan dengan anggaran 1,250 langkah, jika anda berjalan kaki daripada Muar, Johor ke Jalan Parlimen, Kuala Lumpur dengan jarak 200 Km, maka langkah yang telah dilakukan adalah dalam lingkungan 250,000 langkah.
PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…
Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…
Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…
Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…
Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.
Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun berkata, golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.