Connect with us

News

Gempa Bumi di Lombok : Seorang Rakyat Malaysia Terkorban, Enam Gagal Dikesan

Seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban, manakala enam lagi gagal dikesan selepas gempa bumi berskala 5.8 Richter melanda Lombok Timur, Indonesia, 2.07 petang tadi.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, mangsa bersama enam individu berkenaan berada di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru di Lombok Utara ketika gempa melanda.

Katanya, gempa di kawasan itu turut dirasai di Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Tengah, Mataram dan sebahagian kawasan Pulau Bali.

“Buat masa ini, usaha mencari serta menyelamat mangsa giat dijalankan pihak berkuasa Indonesia di sana.

“Kementerian Luar Negeri masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan di sana,” katanya tanpa menyebut identiti mangsa yang maut serta hilang.

Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Luar Negeri menzahirkan rasa simpati dan sedih terhadap mangsa dan keluarga susulan kejadian itu.

Katanya, rakyat malaysia yang terjejas akibat kejadian itu diminta untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +62215224947 atau +6281380813036 atau menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874570.

Sumber : Harian Metro

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect