Connect with us

Hiburan

Hafiz ‘tawan hati’ Nelydia

Nelydia Senrose berkongsi berita gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka dikenali sebagai Hafiz tahun ini.

Nelydia berkata, selepas perancangan untuk berkahwin tahun lalu tidak tercapai dia berharap impiannya untuk bergelar isteri tahun ini dipermudahkan.

“Insya-Allah tahun ini. Sejujurnya saya ada merancang untuk berkahwin tahun lalu tapi disebabkan kekangan kerja saya terpaksa menangguhkannya.

“Mungkin juga masa belum sampai menyebabkan ada saja halangan yang datang.

“Namun ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini saya selalu berdoa agar urusan untuk berkahwin ini dipermudahkan dan meminta petunjuk daripadaNya,” katanya.

Menurut Nelydia, dia memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai persiapan perkahwinannya kerana tidak mahu sejarah lama berulang.

“Biarlah sudah 80 peratus siap baru saya kongsikan butiran majlis.

“Lagipun saya tidak mahu kongsikan mengenai persiapan perkahwinan secepat ini takut ia akan memberi tekanan sekali gus apa yang dirancang tidak berlaku seperti tahun lalu,”katanya

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect