fbpx
Now Reading
Elyana Masih Selesa Berkaki Ayam

Elyana Masih Selesa Berkaki Ayam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda masih ingat lagi, penyanyi bersuara lunak, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal pernah menggemparkan dunia hiburan dahulu apabila tampil selamba dengan berkaki ayam ketika membuat persembahan.

Kini, penyanyi berumur 30 tahun itu masih mengekalkan imej uniknya dengan tidak berkasut ketika membuat persembahan dalam pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim keempat.

Sumber dari instagram.com/elyanaofficial

Menurutnya, dia masih selesa menyanyi tanpa berkasut dan tak mempunyai masalah dengan tindakannya itu.

Malah, dia sempat berjenaka dapat berjimat daripada membeli kasut dan boleh menyimpan duit tersebut untuk anaknya.

“Orang pun kenal karakter saya dan tahu Elyana sering berkaki ayam di pentas, jadi saya okay sahaja,” jelasnya.

Sumber dari instagram.com/elyanaofficial

“Saya kena fikirkan kesesuaian, kalau lagu tersebut memerlukan saya berkasut, saya akan pakai,” tambahnya yang masih memikirkan soal keselamatan dirinya jika berkaki ayam.

Sumber dari instagram.com/elyanaofficial

Disebabkan itu, peminat-peminat Elyana hadir menyokong dirinya dalam pertandingan nyanyian tersebut dengan berkaki ayam, tetapi terpaksa memakai kasut semula atas sebab keselamatan.

Walaupun begitu, nyanyian Elyana tetap mantap dan bertenaga sama seperti dahulu ketika dia muda remaja. You rock!

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.