fbpx
Now Reading
Berjaya Peringkat Antarabangsa, Neelofa Sumber Inspirasi Wanita

Berjaya Peringkat Antarabangsa, Neelofa Sumber Inspirasi Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tak kenal, artis terkenal Malaysia yang tak kurang juga terkenal di peringkat antarabangsa, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor.

Sumber dari Ig Neelofa

Selain dikenali sebagai hos, pelakon dan juga giat berniaga Naelofar iaitu jenama tudung yang diusahakan olehnya, dia juga merupakan antara 300 individu terpilih dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Menurutnya, hasil usaha selama ini adalah berkat doa ibu bapanya serta peminat yang tak putus-putus mendoakan kejayaannya.

Sumber dari rojakdaily.com

Tambahan pula, dia mahu memberi inspirasi kepada orang ramai di luar sana supaya lebih optimis sepertinya.

Sementara itu, gadis manis berasal dari Kelantan ini juga ingin keluar daripada imej sinonim wanita bertudung bukanlah kolot dan tak pandai bergaya di peringkat antarabangsa tetapi sebaliknya wanita bertudung mampu membawa sesuatu jenama dengan baik.

Sumber dari zimbio.com

Untuk pengetahuan anda, Neelofa menjadi duta Swarovski dan berpeluang menghadiri majlis antarabangsa tajaan jenama tersebut seterusnya menjadikan dia sebaris dengan artis antarabangsa yang turut menjadi duta sepertinya.

Sumber dari lipstiq.com

Bukan itu sahaja, Neelofa atau mesra dipanggil Lofa turut menjadi duta produk kosmetik popular antarabangsa yang pertama berhijab dari Asia iaitu Lancome.

Sumber dari scoopnest.com

Memang tak dapat dinafikan sedikit sebanyak Neelofa dapat menempa nama di persada antarabangsa jika dia mengekalkan populariti dan merebut peluang untuk melangkah ke hadapan.

Ramai wanita menjadikan dia idola dan dia sememangnya layak dijadikan idola jika dilihat dari segi pencapaiannya sebagai artis setakat ini.

Sumber: Sinar Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.