fbpx
Now Reading
“Tolong Jangan Bandingkan Anak Kami”

“Tolong Jangan Bandingkan Anak Kami”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon comel, Nad Zainal, 27 tahun, meminta warga laman sosial supaya tidak membandingkan anak-anak selebriti di laman sosial kerana ia adalah budaya yang “tidak sihat”.

Menurutnya, setiap kanak-kanak mempunyai cara tumbesaran yang berbeza jadi ianya tidak adil untuk mereka memberi komen yang tidak sepatutnya di laman sosial.

IG Nad Zainal

“Mungkin ada bayi yang lambat sedikit atau boleh jadi terlalu aktif, cara mereka membesar berbeza dan tak semuanya sama,” ujarnya.

Berikutan itu, dia juga mengambil langkah berhati-hati dengan berkongsi apa yang patut dikongsi sahaja mengenai anaknya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 1 tahun, di laman sosial.

IG Nad Zainal

“Saya hanya akan muat naik apa yang dirasakan perlu sahaja kerana tak mahu baca komen-komen menyakitkan hati,” tambahnya.

Dia juga mengakui risau jika ada menerima komen daripada warga laman sosial mengenai anaknya akan membuatkan dia terasa hati.

IG Nad Zainal

Yela sebagai ibu, mesti Nad berasa sedih jika ada orang tidak dikenali tiba-tiba memberi komen negatif mengenai anaknya.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.