fbpx
Now Reading
Terkena Penyakit Misteri, Syura Turun 12Kg

Terkena Penyakit Misteri, Syura Turun 12Kg

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peserta Gegar Vaganza musim ke-4 yang baru saja tersingkir, Syura atau nama penuhnya Zuraidah Badron, 32 tahun, memberitahu bahawa dia mengalami penyakit misteri sejak pergi ke Indonesia untuk merakam lagu beberapa bulan lepas.

Menurutnya, dia muntah teruk dan sakit kepala serta kehilangan suara semasa berada di sana. Malah, ketika dia belum sampai ke sana dan masih berada dalam kapal terbang sudah mengalami muntah yang banyak.

“Sampai hotel pun saya muntah lagi. Rasa kebas sebelah badan. Kerap sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara setiap pagi,” jelasnya.

google.com

Pada awalnya Syura hanya menganggap dia hanya menghidap sakit biasa, tetapi dia kehilangan berat badan mendadak sebanyak 12kg selepas menyertai Gegar Vaganza pada bulan September lalu.

Tambahnya, dia berasa pelik kehilangan berat badan sebanyak itu tanpa sebab kerana dia makan seperti biasa.

Dia juga memberitahu akan mendapatkan rawatan tradisional mengenai penyakitnya dalam masa terdekat ini. Ketika Datuk Fadzilah Kamsah terserempak dengannya juga ada memberitahu dia seakan melihat sesuatu yang seram terhadap Syura.

Elok juga Syura segera berubat bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Semoga Syura cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. Amin.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.