fbpx
Now Reading
Siti Hadiahkan Lagu Untuk Anak

Siti Hadiahkan Lagu Untuk Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38 tahun, berkata dia telah menghasilkan tiga buah lagu untuk anak sulungnya yang bakal lahir pada bulan Mac tahun depan.

“Lagu ini juga sebagai tanda kenangan untuk anak. Apabila saya nyanyikan, saya boleh ingat dan bila besar nanti, dia tahu lagu ini dicipta khas oleh ibunya,” jelasnya yang mendapat idea semasa berada di bilik air.

themalaymailonline.com

Dia belum lagi menghantar lagu ciptaannya kepada penerbit untuk didengar dan menambah dia mencipta melodi lagu tersebut secara humming semasa baru ada mood menyanyi pada bulan lepas.

“Kalau dia kata okey, baru saya rakam dan merancang untuk pilih satu lagu terbaik. Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, saya mahu rakam sebelum bersalin,” katanya.

asiaone.com

Menurut Siti, dia dan suami belum bersedia mahu berkongsi jantina bayi kandungannya kepada umum bagi menghormati permintaan suaminya.

Semua maklum bahawa Datuk K begitu menginginkan anak perempuan kerana dia mempunyai anak lelaki seramai empat orang bersama bekas isteri dulu.

nst.com.my

“Macam saya katakan sebelum ini, kalau anak perempuan nama kena ada Siti. Suami pula nak letak pangkal nama anak dengan A,” ujarnya.

Tak kisah jantina lelaki atau perempuan asalkan bayi dikandung sihat dan Siti juga berada dalam keadaan sihat. Ramai yang tak sabar menunggu bayi penyanyi nombor satu negara dilahirkan.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.