fbpx
Now Reading
Tular Gambar Daler Yusuf Solat Sunat

Tular Gambar Daler Yusuf Solat Sunat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon yang berasal dari Uzbekistan, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad atau mesra dipanggil Daler Yusuf, 26 tahun, menjadi topik hangat apabila seorang Pencetus Ummah (PU) Rahmat memuatnaik gambar seorang pelakon sedang menunaikan solat sunat.

Mengikut perkongsian gambar yang dimuatnaik PU Rahmat, dia memuji bahawa pelakon tersebut tahu menghormati dan menjaga adab sebelum memulakan penggambaran di sebuah masjid.

Ramai yang mengandaikan artis tersebut ialah Daler Yusuf berdasarkan baju dipakai artis itu sama dalam insta story Daler yang dibuat sebelum gambar itu diambil.

Kami difahamkan Daler turut berlakon dalam drama yang sama dengan PU Rahmat iaitu Nota Buat Cempaka.

Semoga lebih ramai artis mencontohi sikap pelakon tersebut yang mempunyai budi pekerti baik.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.