fbpx
Now Reading
Azura Zainal Dikritik Hebat Muatnaik Gambar Menyusu Badan

Azura Zainal Dikritik Hebat Muatnaik Gambar Menyusu Badan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara televisyen dan penyampai radio, Azura Zainal baru saja melahirkan anak sulung, Zeydan Genuino Da Silva dan dia kelihatan gembira berkongsi gambar bersama anaknya di laman sosial.

Baru-baru ini, Azura memuatnaik gambar menyusu badan anaknya di laman Instagram mendapat kecaman warga laman sosial.

Beberapa wanita mempersoalkan tindakan Azura berkongsi gambar seumpama itu di laman sosial serta bertanya jika dia tak berasa malu membiarkan orang ramai melihat gambar tersebut.

Walaupun begitu, beberapa peminat dilihat menyokong tindakan Azura sebagai seorang ibu yang menjaga keperluan anak kecilnya.

Tak semua perkara boleh diterima masyarakat jika mereka tak didedahkan suasana seperti itu. Apa yang penting, baby Zeydan dapat membesar dengan sihat.

Sumber: IG Azura Zainal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.