fbpx

“Kalau Suami Isteri Berpeluk Berlapik Baik Tengok TV Pendidikan!.. – Respon Micheal Ang Gambar Neelofa ‘Berpelukan’ Dengan Zul Ariffin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BfQW50NHTWR/?hl=en&taken-by=michaelang38"][video src="https://www.instagram.com/p/BfQbG-nnsI1/?hl=en&taken-by=michaelang38"][video src="https://www.instagram.com/p/BfTTEiFH1oO/?hl=en&taken-by=michaelang38"]

Foto mesra ‘berpelukan’ antara Zul Ariffin dan Neelofa mencetuskan perdebatan apabila pelbagai respon ditinggalkan oleh netizen mengenai gambar tersebut.

Menerusi entri yang dimuat naik oleh pengarah Michael Ang di laman sosial Instagram miliknya (@michaelang38), terdapat sekeping foto menunjukkan Neelofa seakan ‘berpelukan’ dengan Zul.

Netizen mula meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen Instagram Michael.

Ada yang mengecam Neelofa kerana foto tersebut dikatakan tidak sesuai dengan penampilan wanita bertudung serta status Neelofa yang sudah bergelar ‘hajjah’.

Tidak kurang juga ada netizen yang berfikiran positif dan menganggap semuanya hanya sekadar lakonan.

Peminat Neelofa turut yakin pengacara rancangan MeleTOP itu tahu menjaga batas untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

Untuk meredakan keadaan, Michael turut memuat naik foto aksi sama yang dijayakan oleh Zul dan dirinya sendiri dengan kapsyen, “Itu cuma satu lakonan! Sila faham guys! Chill sudah!”.

Tak cukup dengan itu, pengarah drama tersohor ini juga memuat naik lagi satu gambar selfie dengan caption yang mengundang pelbagao komen netizen.

“Muka baca komen2 yg tak sihat n yg bodoh! Berlakon aje adik2 makcik2 kalau berlakon sebagai Suami isteri tapi tak boleh dekat dekat n berpeluk secara berlapik baik tgk aje TV PENDIDIKAN! Luv u all!!!”

Mereka sedang berada di Rom, Itali bagi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari.
Menerusi naskah adaptasi novel karya Suri Ryana itu, drama bersiri arahan Michael ini turut dibintangi oleh Scha Alyahya, Elvina Mohamad, Fahad Iman, Sharifah Shahora, Raja Afiq dan ramai lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.