fbpx
Now Reading
“Nyanyi Hancur, Tak Semua Orang Cantik Suara Sedap”

“Nyanyi Hancur, Tak Semua Orang Cantik Suara Sedap”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam berlangsungnya anugerah DFKL 2018. Memang meriah betul dan dihadiri ramai pelakon-pelakon hebat dan selebriti tanah air. Seperti biasa, tak sah rasanya jika sebuah majlis anugerah melibatkan selebriti tidak terpalit dengan gosip atau kontroversi panas.

Kali ini nama pelakon popular Janna Nick menjadi bualan ramai di media sosial. Rasanya semua tahu Janna bukan saja seorang pelakon, malah bergelar penyanyi dan sudah menghasilkan beberapa buah single.

Namun, nyanyiannya secara langsung di anugerah tersebut mendapat kritikan daripada netizen. Ini bukan kali pertama suara Janna Nick dikritik. Rata-rata netizen bersetuju suara Janna agak sumbang dan adalah lebih baik jika dia berhenti menyanyi.

Hancurnya dia menyanyi live, berlakon je la

Ramai yang beranggapan Janna mempunyai bakat lebih baik dalam bidang lakonan berbanding nyanyian. Tambah netizen lagi, tidak semestinya rupa yang cantik atau kacak memiliki suara sedap.

Bunyi kucing berdengkur lagi sedap

Namun, ada juga yang mengatakan mungkin Janna gugup untuk menyanyi secara langsung sehingga membuatkan dirinya sukar untuk mengawal suara. Betul juga! Apa pendapat anda tentang nyanyian Janna Nick?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.