fbpx

Cantiknya! Shima Anuar Macam Pengantin Di Majlis Aqiqah Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Shima Anuar kelihatan seperti seorang pengantin apabila anggun berbaju kurung dan berselendang putih di majlis aqiqah anaknya, Marian Sophia Mohd Solih.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shima telah berkongsi foto-foto di sekitar majlis aqiqah anaknya yang berlangsung semalam (Ahad).

Bukan sahaja Shima, tetapi suaminya Mohd Solih Toha turut mengenakan baju rona putih sedondon dengan anak mereka pada hari tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.

Rata-rata memuji kecantikan Shima dan mereka turut mendoakan agar anaknya dapat membesar dengan sihat.

Shima Anuar telah selamat bernikah dengan Mohd Solih Toha, 41, pada 8 April tahun lalu.

Pasangan ini dikurniakan kemudiannya dikurniakan cahaya mata pada 12 Disember 2017 yang diberi nama Marian Sophia Mohd Solih.

Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini serta memiliki dua cahaya mata.

Berikut merupakan foto-foto comel Fahad dan sekitar majlis tersebut:

 

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.