fbpx
Now Reading
13 Tahun Ukuran Badan Che Ta Tak Berubah!

13 Tahun Ukuran Badan Che Ta Tak Berubah!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan ukuran badan pelakon popular Rozita Che Wan tidak pernah berubah sejak mengayakan pakaiannya 13 tahun lalu.

Rizman yang menjawab soalan netizen di Instagramnya memberitahu Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta adalah artis yang mempunyai bentuk badan paling sempurna sama seperti ukuran patung.

“Artis mana yang pernah bekerja sama dengan anda body paling perfect? soal netizen.

“Beliau (Che Ta) selebriti pertama yang mengayakan rekaan Rizman Ruzaini dan sejak itu ukuran badannya tidak pernah berubah.

“Sudah 13 tahun dan perfect fit on mennequin (ukuran sempurna pada patung) @Rozitachewan1,” tulisnya.

Jenama fesyen Rizman Ruzaini gabungan dua pereka iaitu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, 34, dan Rizman Nordin, 34.

Rizman menjawab soalan secara rawak daripada netizen di laman sosial Instagramnya pada Khamis.

Sementara itu, Rozita membalas kenyataan tersebut dan menganggap ia adalah satu pujian daripada perkea fesyen itu.

“Rasa nak nangis dengan pujian ini,” ujarnya.

Selain itu, pereka fesyen duo itu juga mendedahkan bahawa baju pertama rekaan mereka ketika masih lagi menuntut di pusat pengajian tinggi dihasilkan untuk Datuk Siti Nurhaliza.

Manakala, baju paling penuh perincian yang pernah dihasilkan ialah untuk majlis persandingan pelakon Izara Aishah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.