fbpx
Now Reading
Haqiem Rusli Rampas Mikrofon Pun Jadi Isu?

Haqiem Rusli Rampas Mikrofon Pun Jadi Isu?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Macam bajet bagus!” itu antara komen yang dilontarkan terhadap tindakan Haqiem Rusli yang naik ke pentas merampas mikrofon daripada seorang peserta rancangan realiti hiburan baru-baru ini.

Haqiem yang pada mulanya gelisah mendengar nyanyian peserta rancangan realiti terbabit akhirnya bangun merampas mikrofon, menyanyi dan menyerahkan kembali kepada peserta terbabit.

Klip nyanyian lagu Tergantung Sepi itu tular di media sosial hingga ramai yang mengecam tindakan tidak sepatutnya itu.

Malah, ada yang beranggapan, seseorang penyanyi haruslah bersikap profesional dan tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

“Omg Haqiem Rusli is calcelled again. Kau tau ke tak nature rancangan I Can See Your voice tu?

“Aku tak peduli apa suara adik tu sumbang ke apa ke motif pergi rampai microfon? Menyirap juta aku tengok!

“Mohon lepas ni jangan jemput dah artis macam ni,” tulis salah seorang pelayar Twitter.

Ada juga yang membandingkan artis korea di dalam rancangan yang sama.

 

Haqiem sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan dirinya menderita kemurungan hingga hampir menamatkan karier nyanyiannya.

Bagaimanapun, ia dipercayai sekadar gimik untuk melancarkan muzik video baharunya, Selamat Tinggal Sayang.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.