fbpx
Now Reading
Masalah Kesihatan Tak Jejas Markah Amelina, Kembali Rampas Takhta Pertama!

Masalah Kesihatan Tak Jejas Markah Amelina, Kembali Rampas Takhta Pertama!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun mempunyai masalah kesihatan, namun penyanyi Amelina berjaya merampas kembali kedudukan pertama di Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada minggu ketiga.

Amelina mengumpul markah tertinggi sebanyak 81.8 peratus di konsert GV5 yang telah berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Malah, Farawahida juga cemerlang berbanding minggu lalu apabila berjaya berada di kedudukan kedua dengan markah 72.6 peratus.

Bagaimanapun, konsert GV5 malam tadi menyaksikan Elite sebagai bintang berkumpulan pertama tersingkir apabila berada di dalam kedudukan tercorot dengan 49.5 peratus markah.

Bertemakan ‘Lain Macam’, hanya 10 peserta sahaja lagi yang bertahan dan bersaing di konsert akan datang.

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Nash yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

1)Amelina, 81.8%- Segalanya Pasti (Aida Agil)

Datuk Nash- Walau apa masalah yang awak sedang alami tapi saya rasa persembahan awak sangat baik malam ini.

2)Farawahida, 72.6%- Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)

Datuk Ramli Ms – Kamu perlu menyanyi dengan cara kamu sendiri untuk pergi lebih jauh.

3)Noryn Aziz, 70.6% – Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)

Datuk Khadijah Ibrahim – Awak menyanyi dengan cara awak tersendiri. Awaklah showmaster!

4)Dia Fadila, 59.2%- Dondang Dendang (Noraniza Idris)

Datuk Khadijah Ibrahim- Tadi saya rasa awak agak gementar dan lost di tengah lagu berbanding penari kanak-kanak yang ada semua enjoy! 

5)Zamani, 59%- This Love (Maroon 5)

Datuk Nash – Awak sudah kembali dengan berbintang. Saya harap awak ke final!

6)Hetty Sarlene, 57% – Pawana (Search)

Datuk Nash – Note pertama awak membimbangkan saya tetapi sehingga ke akhir lagu ini awak dapat menguasai semula.

7) Shafie Rio, 54.5%- Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)

Datuk Khadijah Ibrahim- Terus-terang saya katakan, nyanyian awak tidak begitu baik tapi persembahan awak sangat baik walaupun ini bukan forte awak.

8)Mya Ruslee, 54%- I Have Nothing (Whitney Houston)

Datuk Nash- Lagu ni bukan mudah untuk dinyanyikan tapi sejujurnya saya rasa awak sangat menghayatinya walapun agak sukar.

9) Forteen, 53% – Suci Dalam Debu (Iklim)

Datuk Ramli MS – Cara menyanyi sebagai kumpulan saya suka cuma jaga dan sembunyikan kesalahan setiap anggota ketika persembahan.

10) Billy Zulkarnain, 51.5%- Maharkarya Cinta (Faizal Tahir)

Datuk Nash- Kamu berdua perlu tambah nilai dalam vokal. Selain itu saya tak nampak kolaborasi kamu berdua bagaimanapun saya suka penghayatan kami berdua.

11) Elite, 49.5% – Ku Bahagia (Melly Goeslaw)

Datuk Ramli MS- Teknikal agak teruk tapi feel yang kamu nyanyikan jujur. Tapi saya perasan ada yang lupa lirik tadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.