fbpx
Now Reading
Ruhainies Dilamar Kekasih? Sweetnya!

Ruhainies Dilamar Kekasih? Sweetnya!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BpKU0eoBftQ/?taken-by=ruhainies7"]

Kelmarin pelakon Ruhainies ada memuat naik sebuah video pendek di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan Ruhainies seolah-olah telah dilamar kekasihnya.

Lalu, adegan menyarungkan cincin juga telah menguatkan lagi spekulasi berhubung isu lamaran berkenaan.

“Beyond grateful,” tulisnya.

Video tersebut nyata telah menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat yang ingin mengetahui tentang kesahihan perkara tersebut.

Manakala di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis juga telah menitipkan ucapan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.

Sebelum ini, pelakon tersebut mengakui kini di dalam fasa mengenali hati budi seseorang namun menyifatkan belum bersedia untuk mendedahkan pasangannya itu dikhalayak umum.

Video: Ruhainies

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.