fbpx
Now Reading
Yuna dan BTS Akan Bergabung??? Sure Meletop!

Yuna dan BTS Akan Bergabung??? Sure Meletop!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi, Yuna mengumumkan dia bakal berkolaberasi dengan grup popular daripada Korea Selatan, BTS bagi projek terbarunya untuk tahun 2019.

Penyanyi Gadis Semasa yang kini gigih cipta nama DI Amerika Syarikat itu turut meminta pandangan daripada para peminatnya tentang projek apakah yang sesuai dilakukan sekiranya perkara itu terjadi.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Yuna menerusi laman Twitter miliknya.

“I think it’s time for a collab with @BTS_twt  #2019 what do you think?? just putting it out there into the universe. Im just ready for anything 2019! lets do it,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat begitu teruja serta mengharapkan perkara tersebut bakal menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, para peminat BTS yang dikenali sebagai ‘Army’ turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut.

Sebelum ini, Yuna telah mengejutkan peminat muzik tempatan apabila tampil berduet dengan penyanyi popular Amerika Syarikat, Usher untuk lagu bertajuk Crush.

Foto: Twitter Yuna

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.