fbpx
Now Reading
Bapa Berkhatan Pada Usia 38 Tahun, Anak Pula Pada Usia 5 Bulan

Bapa Berkhatan Pada Usia 38 Tahun, Anak Pula Pada Usia 5 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon  Adam Corrie memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri mengkhatankan anak lelakinya iaitu Adam Fateh Lee yang kini baharu berusia lima bulan.

Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata, berkhatan pada usia masih bayi dapat mengelakkan rasa malu atau perasaan takut kanak-kanak itu.

“Terpulanglah pada ibu bapa yang ingin khatan anak lelaki mereka ketika masih kecil atau sudah bersekolah.

“Saya sebagai lelaki dan bapa lebih suka anak saya khatan ketika bayi,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia berkata, perkara itu perlu meminta pandangan doktor terlebih dahulu mengikut kesesuaian bayi masing-masing.

 

Adam Corrie berkhatan pada usia 38 tahun.

Dalam pada itu, Adam mendedahkan bahawa dia berkhatan ketika berusia 38 tahun iaitu sebelum dia memeluk agama Islam.

Berkongsi pengalaman itu, katanya, pelbagai perasan timbul termasuk rasa malu dan takut.

“Saya berkhatan ketika 38 tahun. Saya tahu berkhatan itu baik untuk lelaki. Jadi saya nekad buat walaupun ketika itu saya belum memeluk agama Islam,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut meminta orang ramai tidak bertanya tentang berkhatan kepada saudara baharu (mualaf) yang hanya akan menakutkan mereka.

“Saudara baharu (mualaf) yang nak berkhatan jangan takut kerana ia tidak menyakitkan sangat pun. Pada masyarakat jangan bertanya bila nak potong, bila nak sunat? Ia hanya menakutkan mereka.

“Berkhatan bukannya wajib tapi lebih baik untuk kebersihan dan kesihatan diri,” ujarnya.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

 Sumber : Mstar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.