fbpx
Now Reading
“Kotak Terakhir..Insyallah”- Ajak Shiro

“Kotak Terakhir..Insyallah”- Ajak Shiro

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2018), Ajak Shiro berazam untuk meninggalkan tabiat merokok sempena tahun baru. Niatnya itu bagi mengamalkan gaya hidup sihat demi keluarga.

Rata-rata peminat menyokong usaha baik hasrat Ajak yang mahu menghentikan tabiat merokok. Ada juga yang meminta Ajak agar terus istiqomah dalam usahanya itu supaya tidak berhenti separuh jalan.

Dalam masa yang sama, Ajak juga berkongsi keinginananya untuk membawa ahli keluarga ke tanah suci Mekah menggunakan wang yang dimenanginya di MLM. Selain itu Ajak ingin melunaskan nazar bagi menzahirkan rasa syukur.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Shiro yang memenangi MLM pada tahun ini. Selamat maju jaya juga kepada Ajak dalam usahanya untuk berhenti merokok. Jangan putus asa pula nanti, kuatkan semangat!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.