fbpx
Now Reading
Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi, Nabila Razali, mengakui agak kecewa dan ralat apabila video muzik rasmi single terbarunya, Vroom Vroom, di YouTube berdepan masalah.

Katanya, sejak dilancarkan jam 4 petang tadi, jumlah tontonan langsung tidak menunjukkan peningkatan, sebaliknya kekal dengan status ‘no view’.

“Saya sudah membuat laporan berhubung perkara terbabit kepada pihak YouTube. Namun, sehingga kini masalah itu terus berlanjutan.

“Pihak mereka (YouTube) mengakui ada menerima laporan mengenai masalah sama. Mereka berkata, pihak berkenaan sedang berusaha untuk memperbaikinya,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila menegaskan tindakannya memadamkan lebih 3,000 gambar di Instagram, sebelum ini, bukan gimik sempena kehadiran single berkenaan.

Sebaliknya, jelas penyanyi ini, ia sekadar ‘teaser’ bagi mengalu-alukan kehadiran lagu terbabit yang dicipta gandingan Hael Husaini dan Ezra Kong.

“Saya tahu, ramai yang menganggap tindakan berkenaan sebagai gimik. Maklumlah, sebelum ini saya dicop sebagai ratu gimik kerana drama putus cinta yang diwujudkan menerusi single Pematah Hati.

“Ia hanya ‘‘teaser untuk lagu ini. Jangan pula ada yang sangka perkara lain,” katanya pada majlis pelancaran single itu di ibu kota.

Kata Nabila, tindakannya menutup ruangan komen juga bersebab.

“Saya berbuat demikian kerana enggan menerima aura negatif yang akan melemahkan promosi dan strategi direncana bagi lagu terbabit,” katanya.

Vroom Vroom mengisahkan mengenai seseorang yang ingin melupakan kisah cinta lama. Dia juga mahu meneruskan kehidupan baharu, namun disebabkan kecurangan bekas kekasih, ia membuatkannya ingin membalas dendam.

Pada majlis sama, video muzik yang turut menampilkan Fendy Bakry dan rakan selebriti seperti Hael, Ara Johari, Nia Atasha dan Sharifah Rose itu turut dilancarkan.

Untuk rekod, video muzik Pematah Hati berjaya meraih sejuta tontonan di YouTube hanya dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan, pada Oktober 2017.

Lagu Vroom Vroom turut boleh didengari di semua platform penstriman bermula 1 Februari depan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.