fbpx
Now Reading
“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Juara Maharajalawak Mega (MLM) 2018, Shahrol Shiro kesal dengan tindakan Suria FM mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemar reputasinya.

Shahrol ketika ditanya mengenai kontroversi penamatan kontraknya bersama Suria FM memberitahu, dia sudah pun menerima hukuman terhadap kesemua salah laku yang didakwa bekas majikannya.

“Saya kalau boleh tidak mahu memanjangkan isu ini kerana saya anggap ia sudah selesai.

Cuma saya ralat kenapa ia ‘dimainkan’ pihak sana…Apa motif mereka?

“Bukankah sebelum ini gaji saya telah ditahan dan dipotong? Saya mengaku tidak hadir ke jelajah Suria hanya sekali dan telah memberi sebab. Yang selebihnya saya ikut, cuma tidak menaiki bas bersama penyampai lain.

“Bukan sengaja nak jadi ‘diva’, tetapi saya mempunyai komitmen bersama program lawak Super Spontan waktu itu, jadi saya berpendapat menaiki kenderaan sendiri memudahkan saya untuk bergerak. Rasanya pengurusan sudah diberitahu mengenai perkara tersebut.

“Lewat masuk konti, saya mengaku dan telah pun dipanggil serta memohon maaf mengenai perkara tersebut, sebab pun dah bagi…cuma tak faham mengapa sekarang pihak sana ‘panaskan’ isu ini?,” katanya kesal.

Tambah Shahrol, dia memohon maaf sekiranya bersama Suria sebelum ini dia tidak membantu langsung Team Pagi Suria dari segi rating atau ‘content’.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Suria FM kerana telah memberi ruang dan kepercayaan kepada saya selama ini, dan sekiranya kenyataan terdahulu menyebabkan salah faham atau ketidakpuasan hati, saya mohon maaf.

“Mungkin saya silap membuat telahan apabila menyangka hukuman telah diterima, tiada isu akan timbul. Rupanya tiada istilah “win-win situation,” katanya.

Pengurusan Suria FM semalam, dalam sebuah kenyataan media menafikan kenyataan dikeluarkan oleh Shahrol yang mahu fokus dengan syarikat produksi miliknya, Bushido Production yang beroperasi di Johor sebagai alasan tidak menyambung kontrak.

Sebaliknya memberitahu, kontrak Shahrol telah ditamatkan lebih awal iaitu pada 11 Januari 2019, sebelum kontrak sebenarnya tamat pada 1 Ogos 2019.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.