fbpx
Now Reading
“Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed lah penyebabnya” – Syed Abdullah

“Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed lah penyebabnya” – Syed Abdullah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas pengumuman pelakon wanita itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab semalam, netizen mula menyerang akaun Instagram peribadi Syed Abdullah pula.

Menuduhnya menjadi punca Emma nekad membuka tudung, abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu ada jawapan sendiri.

“Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed lah penyebabnya.

“Instead Syed terima semua ini sebagai cabaran.

“Terima kasih atas teguran, Syed hargai komen ini,” tulisnya menjawab salah satu komen di entri terbaharu Instagramnya.

Hanya segelitir yang memberi kata-kata positif buat Syed namun selebihnya lebih kepada mengecam dan menuduhnya menjadi punca Emma tidak bertudung.





Semalam pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu mendedahkan telah membuat keputusan untuk tidak bertudung sejak beberapa hari lalu.

Malah, kecoh minggu lalu apabila foto Emma tidak bertudung tular di media sosial.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.