fbpx
Now Reading
Hubungan Cinta 5 Tahun Nabil Mahir dan Sarah Hilderbrand Berakhir

Hubungan Cinta 5 Tahun Nabil Mahir dan Sarah Hilderbrand Berakhir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 31, mengesahkan hubungan cintanya dengan Sarah Hilderbrand putus sejak dua minggu lalu.

Malah, Nabil turut memadamkan gambarnya bersama Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 28, di laman sosial Instagramnya.

“Saya memang tidak menjangkakan semua ini (boleh berlaku). Antara kami kini sudah tiada apa-apa lagi.

“Memang perselisihan faham perkara biasa dalam perhubungan dan saya cuba untuk menyelesaikannya. Namun, akhirnya kesilapan seperti jatuh pada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran sebuah jenama kosmetik, di sini.

Menganggap perpisahan berkenaan sesuatu yang terlalu sukar untuk diterima, Nabil bagaimanapun akur dengan ketentuan takdir.

“April depan, sepatutnya genap lima tahun hubungan kami. Apa pun, nak buat macam mana? Tak ada jodoh.

“Saya sendiri berasakan sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan ini. Kami seperti semakin menjauh. Saya turut berdoa, jika dialah jodoh saya, maka dekatkan dan begitulah sebaliknya.

“Akhirnya, saya dapat lihat petanda yang jelas, kami tidak lagi boleh bersama,” katanya yang turut berlakon dengan aktres dan model berkenaan dalam drama popular, Pujaan Hati Kanda.

Nabil juga mendakwa, selain menyekat dirinya di laman sosial terbabit, dia mendapat tahu Sarah kini sudah pun bertemu pengganti.

Sumber : BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.