fbpx
Now Reading
‘Bridal Shower’ Nelydia Senrose Disambut Meriah Bersama Teman Rapat

‘Bridal Shower’ Nelydia Senrose Disambut Meriah Bersama Teman Rapat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis ‘bridal shower’ pelakon Nelydia Senrose telah diadakan sangat meriah di Ritz Calton, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi laman Twitter Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Senrose berasa teruja serta tidak sabar untuk menghadiri majlis pertamanya itu.

“Today is my first of many more big days.

“Haven’t felt anything like this my entire life but this excites me very much.

“Cant wait to experience today but now nak mandi dulu bye,” tulisnya.

Menariknya pada hari majlis ‘bridal shower’ itu, Nelydia telah membaling sejambak bunga untuk mengetahui siapa bakal berkahwin selepas dirinya.

Uqasha Senrose iaitu kakak kepada Nelydia telah berjaya menangkap bunga itu malah kelihatan sangat gembira.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah ahli keluarga serta rakan artis seperti Sherry Ibrahim, Erin Malek, Adeline Tsen dan Ruzana Ibrahim.

Kini, Nelydia sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018.

Terdahulu, Nelydia pernah bercinta dengan pelakon Qi Razali namun begitu hubungan mereka berakhir pada Ogos 2015.

https://www.instagram.com/p/Buiqe3LlKBj/

https://www.instagram.com/p/BujEeNUD1Ck/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.