fbpx
Now Reading
Ifan Seventeen Ziarah Kubur Kerana Rindukan Isteri

Ifan Seventeen Ziarah Kubur Kerana Rindukan Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Vokalis kumpulan popular Indonesia Seventeen, Ifan akui telah merindui isterinya, Dylan Sahara yang meninggal dunia akibat terkorban dalam bencana Tsunami pada 22 Disember lalu.

Kerinduan itu diluahkannya dengan melawat pusara Dylan serta mendoakan yang terbaik buat isterinya.

“Memelukmu lewat doa malam ini, berkeluh kesah seperti yang biasa aku lakukan.
Rindu,” tulisnya.

Ifan berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Ifan turut berkongsi fotonya ketika berada di pusara isterinya.

Rata-rata peminatnya mendaoakan agar Ifan terus kuat untuk menempuhi dugaan tersebut.

Mengimbas ketika kejadian, Dylan berada di belakang pentas tempat Seventeen mengadakan persembahan untuk satu undangan acara himpunan sebuah syarikat elektrik Indonesia yang dihadiri 260 orang sebelum Tusnami membadai.

Ifan, satu-satunya anggota kumpulan itu yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi disahkan terkorban.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.