fbpx
Now Reading
Isteri Fad Bocey Imbas Kisah Susah Senang Bersama, Pernah Tidur Beralaskan Toto

Isteri Fad Bocey Imbas Kisah Susah Senang Bersama, Pernah Tidur Beralaskan Toto

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Bu_gzdxgn_Q/"]

Menerusi sebuah entri di Instagram, isteri kepada pelawak dan personaliti ERA, Fad Bocey iaitu Nur Syahirah, beliau mengimbas kembali saat susah dan senang bersama suaminya itu.

“rumah beralaskan sehelai toto ..”, isteri imbas kisah susah senang bersama fad bocey

“Thank you for the dinner. Happy anniversary. 4 tahun mungkin angka yang kecil tapi dalam 4 tahun macam-macam yang jadi. Susah senang nak ada di tahap ni bukan mudah macam yang orang tengok.

“Kita pernah kat tahap yang susah, anak-anak kena stay dalam nicu, bergadai jual kereta sebab nak bayar bil anak-anak, kita duduk dalam rumah beralaskan sehelai toto dengan sebiji tv ja.

“Hari demi hari, sebab tu kita orang percaya rezeki anak-anak. Alhamdulillah Hayyan Zayyan memang bawak rezeki besar. Sama jugak Aminah.

“Hadirnya anak-anak ni memang akan bawak satu nikmat yang besar. Selagi ada selagi mampu, kita sama-sama jaga keluarga kita. Doa mommy moga bahagia milik kita sekeluarga mommy mungkin tak macam perempuan lain, mommy selalu marah kalau bab kerja, mommy selalu bising apa yang berkaitan dengan tugas awak tapi tak ada benda lain selain nak tengok semuanya sempurna.

“Terima kasih daddy korbankan banyak benda untuk kita orang. Terima kasih jugak atas hadiah yang paling besar yang tak mungkin mommy lupa sampai bila-bila. You work hard for that! HAPPY ANNIVERSARY,” tulisnya.

Pasangan ini telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka pada 15 Mac yang lalu dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.