fbpx
Now Reading
“Untung Aleesya Ada Dua Bonda Cantik” – Netizen Puji Kemesraan Anak Erra Fazira Dan Laudya Cynthia Bella

“Untung Aleesya Ada Dua Bonda Cantik” – Netizen Puji Kemesraan Anak Erra Fazira Dan Laudya Cynthia Bella

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BvokXSDhr2e/"][video src="https://www.instagram.com/p/BvqpqY1hJTY/"]

Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-10 pada Sabtu lalu (30 Mac).

Sebagai ibu, Erra tidak ketinggalan memberikan ucapan dan juga titipan doa buat anak kesayangannya.

Kata Erra, tiada apa yang diharapkan melainkan Aleesya membesar dengan penuh kebahagiaan dan menjadi anak yang solehah.

Luahan Erra itu dikongsi olehnya menerusi akaun Instagram miliknya beserta video momen bersama Aleesya.

“This date, 10 years ago…Allah decided to send a little bundle of joy to touch my heart and that happened!!

“All the hugs in the world aren’t enough to describe how much my love for this “anugerah” grows each and everyday.

“I thank Allah for sending me this beautiful “anugerah” an angel that I call daughter..

“May Allah fill your life with endless happy moments, infinite success sayang and continue to bless you and protect you forever.

“Mom love you very much shayanggg! Love you more than words can say..

“Moga jadi anak yang solehah..dapat kita bersama di dunia dan di syurga kelak. Aminnn,” tulisnya.

 

 

Dalam pada itu, entri tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir daripada rakan artis serta peminat.

Di samping itu, Erra turut mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya yang dihadiri oleh bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal bersama isteri yang merupakan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Di ruangan komen, netizen memuji kerendahan hati Erra dan Bella menyambut hari lahir Aleesya dengan penuh rasa kasih sayang.


 

Erra dan Emran pernah berkahwin pada tahun 2007 namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan apabila berpisah pada tahun 2014.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.