fbpx
Now Reading
“Saya takkan rela berkongsi kasih dengan wanita lain”- Mia Ahmad

“Saya takkan rela berkongsi kasih dengan wanita lain”- Mia Ahmad

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Mia Ahmad yang menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), memberitahu dia tidak rela untuk bermadu atau berkongsi kasih dengan wanita lain.

Mia yang juga dalam proses pemulihan rumah tangganya berkata, anak merupakan pengikat kasih antara mereka.

“Saya takkan rela berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi, saya sangat hormat pada wanita yang dapat melakukannya iaitu hidup bermadu.”

“Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan.

“Apabila memilih untuk kembali ke pangkuan suami, saya kini sedaya-upaya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama Nur 2.

Dalam pada itu, Mia berkata dia banyak bermuhasabah diri dalam menempuh dugaan yang melanda dirinya.

“Tak dinafikan, selain sokongan daripada keluarga saya, kehadiran anak kami, Sayf Issa yang baru berusia enam bulan banyak membantu menjernihkan hubungan saya dan suami.

“Sekarang, kami banyak masa bersama membesarkan Sayf. Saya bersyukur masih dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina,” katanya yang terus optimis untuk mempertahankan rumah tangga yang dibinanya.

Untuk rekod, Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi dan Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.

Sumber : Rotikaya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.