fbpx
Now Reading
“Saya tak sanggup tengok dia bersedih..janganlah kecam mama lagi”

“Saya tak sanggup tengok dia bersedih..janganlah kecam mama lagi”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menyedari ada netizen melancarkan kempen Boikot Keluarga Damanhuri susulan kontroversi tarian separuh bogel, anak kepada pelakon veteren terkenal, Normah Damanhuri iaitu usahawan kosmetik, Liana Rosli berharap perkara itu tidak berpanjangan.

Katanya lagi, dia tidak menyangka kontroversi tersebut menjadi bualan hangat netizen dan turut meminta agar netizen diluar sana tidak memboikot produknya kerana itu adalah sumber rezekinya untuk membesarkan anak-anak.

BACA: Selepas Dikecam, Normah Mohon Maaf Isu Tarian Lucah di Majlis Kahwin Anaknya

“Saya rasa mungkin mereka hanya gertak sahaja kerana kasihan dekat saya. Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya nak besarkan anak-anak.

“Janganlah boikot-boikot. Kita sama-sama Melayu janganlah jatuhkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan,” katanya kepada mStar Online.

Lebih dikenali sebagai Kak KM, pengasas produk jamu itu juga turut meminta agar netizen berhenti mengecam ibunya kerana bimbang ibunya akan jatuh sakit kerana tertekan.

“Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral macam ni dia terkejut.

“Saya tak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia jatuh sakit kerana tertekan. Janganlah kecam mama lagi. Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tak sangka viral sampai macam itu,” katanya.

Isnin lalu, Normah Damanhuri tampil memohon maaf diatas insiden tarian bogel di majlis persandingan anaknya. Jelasnya, tarian itu sepatutnya tarian berunsur traditional dan tidak menyangka lelaki menyerupai wanita muncul berpakaian separuh bogel dan membuat tarian lucah.

Sumber : Mstar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.