fbpx
Now Reading
“Jenama Spenda Pun Nak Tunjuk Ke?” – Netizen Kritik OOTD Sherry Ibrahim

“Jenama Spenda Pun Nak Tunjuk Ke?” – Netizen Kritik OOTD Sherry Ibrahim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain menjaga kulit wajahnya dengan rapi, pelakon Sherry Ibrahim juga amat mementingkan soal penampilan ketika berjumpa dengan orang ramai.

Baru-baru ini, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memuat naik beberapa posting di laman Instagram berkongsi ‘OOTD’ yang digayakan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Walau bagaimanapun, penampilan fesyen ala-ala ‘longgar’ dengan berseluar jeans dan blouse itu mengundang perhatian orang ramai untuk memberikan pelbagai reaksi.

Ini kerana di dalam seluar jeans itu juga terdapat satu lagi pakaian ‘bergetah’ yang dikatakan menyerupai seluar dalam berjenama Calvin Klein.

Rata-rata peminat dan pengikutnya di Instagram mempersoalkan penampilan tersebut dan menyifatkan pakaian itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.

Namun ada individu memberitahu, penampilan tersebut terlalu moden untuk rakyat Malaysia kerana pemikiran mereka masih menganggap Calvin Klein sekadar jenama seluar dalam.

 

Selain itu, ada juga komen berkongsi informasi bahawa logo yang dipakai Sherry itu bukan untuk seluar jeans sebaliknya lebih kepada pakaian dalam.

Sumber : Sherry Ibrahim , OhMyMedia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.