fbpx
Now Reading
Juliana Evans Luah Perasaan di Insta Story Tentang Kaka Azraff?

Juliana Evans Luah Perasaan di Insta Story Tentang Kaka Azraff?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai tahu Juliana Evans dan Kaka Azraff sememangnya bersahabat baik. Setiap kali pergi bercuti tak sah kalau tak pergi bersama. Malah, Kaka pernah memberitahu dalam kalangan selebriti hanya Juliana Evans sahaja rakan baiknya dan mereka saling mengenali sebelum dia bergelar penyanyi lagi.

Bagaimanapun status hubungan baik mereka menjadi tanda tanya apabila kelibat Jue tidak kelihatan di majlis pernikahan dan resepsi Kaka hujung tahun lalu. Sejak kebelakangan ini juga, kedua-dua mereka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing.

Menerusi Insta Story pula, Jue dilihat meluahkan perasaan marah kepada seseorang. Meskipun nama individu itu tidak disebut, namun ia seakan ditujukan untuk Kaka, berdasarkan foto yang dimuat naik iaitu wanita memakai beg biru di kepala seakan mirip dengan foto Kaka.

Menurut Jue, beliau seorang yang sangat menjaga hubungan persahabatan. Malah, jika rakan baiknya melakukan perkara salah dia akan tetap mempertahankan rakannya kerana itulah dirinya yang sentiasa ada di sisi mereka tidak kira apa pun.

Sementara itu, di Insta Story Kaka Azraff, penyanyi itu ada memuat naik status Twitter miliknya. Menerusi status tersebut, dia tidak akan berkata apa-apa kerana Allah itu ada.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan susulan konflik yang berlaku. Apa pun, diharap segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik. Dalam bersahabat, biasalah ada naik turunnya dan paling penting jernihkan semula hubungan lebih-lebih lagi jika sudah lama bersahabat.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.