fbpx
Now Reading
“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil” – Elfira Loy

“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil” – Elfira Loy

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Elfira Loy,25, mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.

“Saya sudah melepasi trimester pertama(1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,”katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Elfira Loy x MC Vogue di The Flora Terrace, sebentar tadi.

Tambah pelakon Qalesya itu lagi, dia juga akan memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.

“Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama,”jelasnya lagi.

Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas tidak sampai setahun berkenalan. –

Sumber : Kosmo Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.