fbpx
Now Reading
“Nak Khatam Al-Quran Masa Bulan Puasa Tapi Tak Pernah Tercapai Lagi”

“Nak Khatam Al-Quran Masa Bulan Puasa Tapi Tak Pernah Tercapai Lagi”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bulan Ramadan sememangnya sangat dinanti oleh umat Islam dan masa inilah kita perlu perbayakkan amal ibadat. Bersempena bulan puasa ini, Mira Filzah berharap azamnya untuk khatam Al-Quran tercapai.

Katanya lagi, sebelum ini dia tidak dapat mencapai azam tersebut memandangkan sibuk dengan kerja serta jadual yang ketat sepanjang bulan puasa. Dalam pada itu, berazam untuk bangun lewat malam memburu malam Lailatul Qadar.

“Ya nak khatam al-Quran masa bulan puasa azam setiap tahun Mira tapi tak pernah tercapai lagi. Bila bulan puasa pun kita kerja, shooting, mulalah ke laut azam tu. Harap tahun ini Ramadan lebih rajin, iman lebih kuat,” tulisnya menerusi Insta Story.

Menerusi perkongsiannya itu lagi, Mira juga mengajak netizen serta peminatnya untuk cuba memahami setiap lafaz dan makna dalam surah yang dibaca dalam solat.

“Insya-Allah, mungkin bulan Ramadan ini juga kita boleh cuba memahami setiap lafaz dalam solat kita termasuklah maksud dan makna disebalik Al-Fatihah dan surah-surah lainyang kita baca dalam solat. Ya?” katanya.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.