fbpx
Now Reading
“Mungkin sekarang, saya belum dapat hidayah, tetapi kita tidak tahu akan datang.” – Zizi Kirana

“Mungkin sekarang, saya belum dapat hidayah, tetapi kita tidak tahu akan datang.” – Zizi Kirana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Biarpun tidak kisah dengan pandangan sini masyarakat mengenai penampilannya yang seksi, namun jauh disudut hati Zizi Kirana mahu membuang imej seksinya suatu hari nanti dan menutup aurat dengan mengenakan hijab.

“Siapa cakap saya tidak mahu berubah? Mungkin sekarang, saya belum dapat hidayah, tetapi kita tidak tahu akan datang. Siapa tahu, saya akan berubah apabila berkahwin dan mempunyai anak? Walaupun seksi, saya bukan wanita liar”

Pernah mendedahkan dirinya suatu ketika dulu seorang ustazah yang mengajar kanak-kanak sekampung mengaji, Zizi mengidamkan ciri-ciri suami yang turut sama pandai mengaji Al-Quran dan mampu membimbingnya.

“Ia menjadi antara 14 syarat utama saya dalam mencari bakal suami. Tidak dinafikan, sukar untuk mencari lelaki yang pandai mengaji al-Quran ketika ini. Jika tidak pandai mengaji, awal lagi saya sudah tolak”


“Syarat lain, dia juga bukan kaki pusat hiburan dan pemabuk, selain bebas daripada anasir dadah. Saya tidak mahu terima lelaki seperti itu kerana ia menyebabkan rumah tangga kucar-kacir”

Beberapa hari lalu Zizi yang hadir ke sebuah program lengkap memakai tudung, mendapat perhatian netizen yang berharap suatu hari nanti beliau akan terus bertudung. Tapi Zizi enggan berbuat demikian tanpa ada keikhlasan terlebih dulu

“Saya mahu berubah dengan ikhlas, bukan dipaksa. Mengenakan hijab memerlukan keikhlasan hati dan apabila sampai masanya, saya akan buang dahulu imej seksi. Jujurnya, saya mahu bertudung, suatu hari nanti, insya-Allah,” jelasnya.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.