Now Reading
Elfira Loy Diperli Netizen Kerana Tak Pandai Siang Ikan

Elfira Loy Diperli Netizen Kerana Tak Pandai Siang Ikan

Usia perkahwinan mencecah lima bulan, akhir bulan lalu Elfira Loy baru sahaja mengumumkan berita gembira bahawa dia kini hamil anak sulung. Meskipun berdepan kesukaran, Elfira Loy tetap berusaha menjalani ibadah puasa.

Baru-baru ini, Elfira ada berkongsikan video di Insta Story menunjukkan suaminya, Faris Khairol Anuar sedang menyiang ikan. Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen video tersebut dimana Elfira mengakui bahawa dia tidak tahu cara untuk siang ikan.

Seperti sudah dijangka, video tersebut menjadi bualan hangat di laman Twitter, malah ada yang menyindir pelakon tersebut dengan mengatakan bersanding lima kali tetapi siang ikan pun tidak tahu.

Kata netizen lagi, jika tidak tahu cara untuk siang ikan tidak perlu rasa bangga untuk beritahu perkara tersebut kepada kepada umum.

Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan sindiran netizen tersebut dengan mengatakan tiada salahnya suami membantu di dapur kerana itu adalah tugas seorang lelaki.

See Also

Tak pasal-pasal netizen bertelagah tentang isu ini. Tiada masalah pun jika seorang wanita itu tidak tahu memasak atau pun menyiang ikan sebab semua itu boleh belajar perlahan-lahan. Apa pun beruntung Elfira Loy dapat suami yang rajin membantu di dapur.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.