fbpx
Now Reading
Hazama Kolaborasi Bersama Tun Mahathir Dalam Anak Bangsa Malaysia

Hazama Kolaborasi Bersama Tun Mahathir Dalam Anak Bangsa Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal, Hazama bakal muncul dengan single terbaharu berkonsepkan lagu patriotik yang bertajuk, Anak Bangsa Malaysia.

Projek ini membuatkan Hazama sangat teruja kerana dia diberi kesempatan bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hazama, proses rakaman lagu berkenaan telah selesai dilakukan termasuk memasukkan suara Dr Mahathir di dalam lagu itu.

“Lagu ini telah siap direkodkan namun saya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan Tun (Dr Mahathir).

“Proses seterusnya adalah rakaman muzik video dan kami (pihak produksi) cuba untuk mendapatkan penglibatan Tun dalam muzik video ini.

“Saya sendiri secara peribadi mahu bertemu dengan Tun kerana beliau merupakan pemimpin dunia yang dihormati,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Peneman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.

Kata Hazama lagi, lagu Anak Bangsa Malaysia bakal dilancarkan sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia sekitar Ogos dan September ini.

Hazama menyifatkan pengalaman ini seperti satu penghargaan buatnya sebagai anak seni kerana dapat berkerjasama bersama Tun Mahathir.

“Saya berdiri atas nama seni, saya juga tidak melibatkan diri dengan mana-mana fahaman politik. Saya sentiasa hormati sesiapa sahaja yang menjadi ketua negara,” kata penyanyi itu lagi.

Sumber: Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.