fbpx
Now Reading
Khadijah Ibrahim Rancang Anjur Konsert Solo Sempena Ulang Tahun Ke-40 Dalam Industri Muzik

Khadijah Ibrahim Rancang Anjur Konsert Solo Sempena Ulang Tahun Ke-40 Dalam Industri Muzik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi dan pelakon legenda Datuk Khadijah Ibrahim, 60, merancang untuk menganjurkan konsert solo sempena meraikan ulang tahun ke-40 nya dalam industri muzik tanah air pada tahun depan.

Menurut Khadijah, dia sudah lama mengimpikan konsert besar sekali gus mengimbas pembabitannya dalam bidang nyanyian lebih empat dekad.

“Saya pernah mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas sebelum ini. Kali ini, saya mahu mengadakan konsert di lokasi terbaik khusus untuk konsert istimewa ini.

“Antara lokasi konsert yang dalam perancangan ialah Istana Budaya dan mungkin di stadium yang lebih besar.

“Namun, saya masih berbincang dengan pihak terbabit lagi dan belum memutuskan lokasi sesuai,” katanya.

Khadijah berkata, selain menyanyikan rangkaian lagu malar segar, ia turut menghimpunkan ahli keluarganya yang terbabit dalam bidang seni.

“Selain anak perempuan, Hajar, saya akan mengundang ahli keluarga seperti penyanyi Dilla dan Fairuz Hussein untuk menjadi penyanyi undangan nanti.

“Saya juga merancang untuk mengundang mereka yang banyak membantu dalam bidang seni seperti Datuk Dr Ahmad Nawab, rakan seperjuangan seperti Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir untuk terbabit dalam konsert ini,” katanya.

Menurut Khadijah, dia akan menggunakan duit sendiri untuk merealisasikan konsert terbabit.

“Saya turut mengalu-alukan pihak syarikat korporat untuk bekerjasama dalam konsert ini nanti.

“Pada masa sama, selain tetamu diraja, saya juga akan mengundang tetamu kenamaan terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau mengikuti perjalanan karier seni saya sejak dulu,” katanya.

Sumber: Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.